Ahad, 12 Mei 2013

 Bismillahirahmanirahhim.. 

Khas Buatmu Muslimah,

Ingatlah,

Jadikan Allah asas utamamu.
Kerna wanita yang mahu menjadi muslimah super, 
asas utamanya ialah Allah semata.

Jadikan cinta Allah itu dambaanmu, 
sebagaimana srikandi Rabiatul Adawiyah yang digelar perindu cinta Sang Ilahi.
Jangan hanya sibuk mencari si 'rusuk kirimu' duhai muslimah.

Jadikan jua jantungmu berdegup hanya kerana Tuhanmu,
Agar iman membaja subur dalam diri,
Taqwa tumbuh mekar dalam hati.

Muslimah itu,
Kecantikannya adalah ketika dia menutup auratnya dengan baik.
Kehebatannya adalah apabila dia berakhlak dengan akhlak yang baik. 

Itulah dia sebaik-baik perhiasan dunia, wanita solehah.  

*mutiara kata ke ni? dah serupa puisi dah kot. hehe. maaf maaf ^^" *


By : Nurussaadah Jahaya

Khamis, 3 Januari 2013

Ayah dan Ibu

Assalamualaikum...

Ibu bapa adalah insan yang banyak berkorban untuk kita. Jadi, sebagai anak wajib mentaati mereka. Ibu melahirkan, ayah berkerja untuk menyara kita.

Jika ibu bapa kerap meminta tolong daripada kita berbanding adik beradik lain, janganlah kita merungut. Turutilah permintaan mereka, Jangan sesekali menganggap mereka pilih kasih tetapi bersangka baiklah dengan mereka.

Kita patut gembira kerana kita dipilih untuk berbakti kepada mereka. Kita bertuah kerana masih mempunyai ibu bapa. Cuba lihat anak-anak yatim diluar sana, mereka tidak dapat berbakti kepada ibu bapa sepertimana kita. Mereka hanya mampu mendoakan ibu bapa tetapi kita bukan saja mendoakan mereka tetapi mengurus mereka sebagaimana mereka menjaga kita.

Jika dinilai jasa kita menjaga mereka dengan mereka menjaga kita tidak akan dapat menandingi jasa mereka kepada kita. Terlalu besar jasa mereka.

Hormatilah mereka.
Masa inilah untuk kita mengumpul pahala.
Sia-sia amalan kita selama ini jika kita derhaka kepada ibu bapa.

-_-

Tinta Seorang Sahabat


Ana nak kongsi pengalaman first time pakai tudung labuh,
memandangkan ada sahabat-sahabat yang bertanya.

Mudah-mudahan antunna (buat muslimah) pun sama juga,
berpakaian menutup syariat Allah,
suatu hari nanti, InsyaAllah.

Bismillahhirrahmanirrahim..

Ok.
Sincerely,

mula-mula pakai tudung labuh tu,

rasa panas sebab tudung agak tebal.
rasa rimas sebab tudung cepat kotor.
rasa tak selesa sebab tudung panjang dari biasa.

Mana taknya.
First time pakai,
masa hadir kursus pengawas 2012 di UPSI.

First time koottt.
Rasa gabra ada.
Cuak pun ada.
Tertanya-tanya apa pendapat kawan-kawan bila diorang nampak nanti.

Lagipun, time tu pakai baju t-shirt pengawas,
disebabkan saiz baju yang kurang labuh ke bawah,
jadi..

err..
Yang nampak hanyalah tudung semata.

haha.

Ala-ala pakai tudung labuh dengan seluar jelah.
Baju t-shirt tu nampak macam singkat terus.
(Yela, dah badan rendah ._.)

Mula-mula, ingat nak pakai tudung bawal biasa.
Last-last, time-time akhir nak kemas beg tu,
sempat jugak tangan ni masukkan tudung labuh ke dalam.

Alhamdulillah,
walaupun memang rasa macam-macam sepanjang program tu,
dengan pakai tudung labuhnya,

Tapi,

I got this feeling. ( speaking jap xD)

What feeling maa??

Calm and relax.
Rasa lebih terjaga.
Lebih terlindung.

Allahuakbar ^_^

Kawan-kawan pun tak cakap apa-apa.
Diorang terima seadanya.
Senyum je.
hihi.
Thanks sahabat ♥

Bila dah akhir program tu,
kena tukar balik pakai baju uniform pengawas.
Tapi tudung uniform pengawas time tu still pendek lagi.

Jadi,
bila pakai balik,
rasa awkward semacam.

Huuhu.
Ingatkan boleh pakai sampai balik rumah tudung labuh tu.

Jadi, start dari situlah,
Ana start istiqamah dengan tudung labuh.

Balik rumah,
tudung pengawas ana buat yang lain.

Buat yang labuh.
beli kain ela,
lepas tu,

Suruh mak jahitkan tudung untuk ana.
hehe ^_^

Ada waktu-waktu tertentu sahaja ana terpaksa pakai tudung pengawas biasa,
misalnya waktu tudung tu terkoyak ke, terkena seterika ke... err.. (ganas sungguh -_-)

Tudung hitam labuh yang ana pakai time kursus pengawas tu pulak,
ana baru perasan ada kesan cat muka kat situ,
terpalit kat bahagian belakang tudung.

Takpelah, kenangan first time pakai tudung labuh,
dan juga kenangan time kursus pengawas 2012 di UPSI :D ♥

Moga Allah redha dengan perubahan ana,
dan moga ana kekal istiqamah dengan tudung labuh ni.

May Allah will. ♥
 — with Fyqa Tyra and Atiqah Athirah.

Rabu, 2 Januari 2013


♥ BismillaahiRRahmaaniRRahiim ♥

CANTIKNYA WANITA ITU

❥ Wahai ukhti..................

❥ Cantiknya wanita itu, bukan kerana ramainya lelaki yang memujamu..

❥ Cantiknya wanita itu, bukan kerana cantik dan mahalnya pakaian yang menutup auratmu..

❥ Cantiknya wanita itu, bukan kerana manjanya nada suaramu..

❥ Cantiknya wanita itu, bukan karena kelembutan yang bukan pada tempatmu..

❥ Cantiknya wanita itu, bukan kerana keberanian yang salah di sisi agamamu..

❥ Namun Ukhti......................

❥ Cantiknya wanita itu terletak pada bibirmu yang selalu berzikir, pada mukamu yang bersinar dengan cahaya wudhuk, pada hatimu yang penuh rahmah dan taqwa, pada pendirianmu yang tak goyah, memperjuangkan agamamu, yang semakin hari semakin penat, karena madrasah utama ummah, hilang arah dan tujuan kehidupan..

❥ Wahai ukhti.......................

❥ Mengapa harus berbangga diri, Tiada yang tinggal dalam jasadmu, kecuali rohmu yang suci, janganlah engkau kotorkan dengan hawa nafsu..

❥ Yang menjadi pinjaman pasti akan dipulangkan,kepada Pemiliknya kelak..

❥ Wahai ukhti.......................

❥ Sudah engkau menjadi bahaya fitnah, yang sudah termaktub sejak beribu tahun dahulu..

❥ Apakah engkau sanggup merealisasikan sebuah fitnah,yang mampu menggoncang keimanan setiap yang bernama lelaki??

❥ Wahai Ukhti....................

❥ Bukan diskriminasi Tuhan, yang menciptakanmu sedemikian, karena engkau ibarat mutiara yang bernilai..

❥ Yang sewajarnya dijaga rapi setiap saat..

❥ Selayaknya simpanlah kecantikanmu,kepada yang layak engkau pamerkan..

❥ Bahkan pahala yang bakal diterima..

❥ Jika diberi pada tempatnya dan tepat orangnya.. (◡‿◡✿)

Join Us Mencintai Mu Karena Allah

Copypaste 

Perubahan Itu Perlukan Kekuatan ;)

Assalamualaikum...,

Sempena tahun baru 2013 masihi.,.sudah pasti ramai yang mempunyai azam untuk berubah menjadi lebih baik...

Dari seorang yang jahil tentang agama kepada seorang yang mula mengorak langkah mengenali agama...
Dari seorang malas kepada seorang yang rajin...

Dan..
Setiap perubahan itu pasti akan timbul dugaan...

La Tahzan (Jangan Bersedih) ,
Kekasih pilihan ALLAH S.W.T. akan dihadiahi dugaan hebat tanda kasihNYA...
Jalannya dihiasi duri2 luka...
Tidak dibiarkan lena dalam nikmat melimpah...
Tapi dihidangkan keperitan susah payah yang tiada kesudahan.

Ingatlah....
ALLAH S.W.T. turunkan ujian kepada kita kerana DIA sayangkan kita...SUBHANALLAH...
Teruskanlah langkahmu...Jangan takut dihina, hilang teman, atau dianggap hipokrit...