Sabtu, 21 April 2012

Warkah Terakhir Untuk Sahabat


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...
Terima kasih sahabatku untuk segalanya. Memang benar kata hatiku, kau hanya tetamu hatiku yang datang dan pergi begitu sahaja.
Maaf andai kata aku tersilap mencongak pada nilai kejujuran dan berterus terang. Sesungguhnya kau lah sahabat yang menunjuk jalan padaku tanpa sedarmu. Duhai sahabatku, dunia kita memang berbeza tetapi hidup kita seakan sama.
Kita mencintai ilmu dan itulah yang mendekatkan hatiku padamu. Aku dambakan perubahan positif dalam diri ini dan kita seiring sejalan mula berubah menjadi lebih baik. Perubahan inilah yang dituntut kerana tiada manusia yang sempurna hidupnya. Kehidupan sederhana dan dilingkumi ukhuwah yang terbina menjadikan hidup sangat bermakna.
Terima kasih kerana menyedarkan hakikat silaturahim itu. Malah kebahagiaan yang dicari sebenarnya tergumpal dalam hati melalui keimanan. Iman yang memberikan sumber inspirasi untuk menjadi hamba-Nya yang bersyukur dan tidak putus asa. Jika iman yang setipis kulit bawang ini tidak dijaga mungkin setiap insan akan tersasar dalam hidup hingga jauh daripada keberkatan Ilahi.
Jalinan ukhuwahmu membuatkan aku teringat pada bait-bait ayat ini.
"Duhai wanita, jagalah pandanganmu dan tundukkanlah hatimu dengan rasa keimanan yang teguh kepada Allah swt. Janganlah kau menyalahkan takdir atas perkara yang kau tidak sukai namun sebaliknya bersangka baiklah pada Tuhan sekalian alam. Mungkin apa yang disukai olehmu tidak menjanjikan kebaikan padamu dan mungkin yang kau tidak sukai itulah yang menjadi perkara terbaik bagimu."
Dua dunia yang berbeza diikat dengan satu kata, UKHUWAH atau persaudaraan Islam. Ada mulanya dan tiada penghujungnya, seperti seutas tasbih yang diikat kerana kasih sayang dan diratib demi mencapai redhaNya. Itulah kata-kata azimat yang akan ku pegang selamanya. Ukhuwah yang didasari kerana Allah s.w.t akan menjadi suatu ukuran terbaik dalam perhubungan. Maka aku berharap persaudaraan sesama Islam akan terus mekar tanpa henti. Hal ini sangat bersesuaian dengan penjelasan nabi junjungan kita Nabi Muhammad saw iaitu :
"Di sekeliling Arsy terdapat mimbar-mimbar dari cahaya yang ditempati oleh suatu kaum yang berpakaian dan berwajah (cemerlang) pula. Mereka bukanlah para nabi atau syuhada, tetapi nabi dan syuhada merasa iri terhadap mereka."
Para sahabat berkata, "Wahai Rasulullah, beritahukanlah kepada kami tentang mereka." Baginda menjawab, "Mereka adalah orang-orang yang saling mencintai, bersahabat, dan saling mengunjungi kerana Allah swt." (HR Nasa'i dari Abu Hurairah Radiallahu 'anhu)
Dengan itu walaupun kita sudah semakin jauh mengorak langkah menuju destinasi berlainan, aku akan tetap menganggap dirimu sebagai sahabat terbaikku.
Akhir kata, andai kita bertemu lagi, janganlah kau kenang perkara yang tidak baik tentang aku tetapi kenanglah perkara yang indah tentang kita. Apabila kita mulakan hidup baru, itu tidak bermakna memori lama akan terhapus tetapi ianya akan menjadi sebahagian kehidupan kita yang hakiki. Hakikat sebuah pertemuan yang manis dan akan kekal begitu.
Apapun terima kasih Ya Allah kerana menemukan aku dengan dia walaupun seketika. Selamat tinggal sahabat. Moga kau menemui pencarianmu...


D'Bagindas-Ampuni Dosaku



Di akhir malam ini aku memohon
Ampuni aku ya Allah
Di hujung gelap ini aku menangis
Maafkan aku ya Allah
*courtesy of LirikLaguIndonesia.Net
Sering ku lakukan kesalahan yang sama
Begitu banyak dosaku
Dengan air mataku
Ampuni aku ya Allah

Reff:
Ya Allahu ya Allah, ampunilah dosaku
Ya Allahu ya Rohman, beri jalan lurusmu
Aku bertaubat ampuni dosaku



Source: http://liriklaguindonesia.net/dbagindas-ampuni-dosaku.htm#ixzz1sertrke6

Rabu, 18 April 2012

Ya Allah...Berkatilah perkahwinan ini !

Ya Allah...
Berkatilah perkahwinan ini,
Sebagaimana Engkau memberkati perkahwinan,
Junjungan kami dengan Siti Khadijah dan Siti Aishah,
Sebagaimana Engkau memberkati perkahwinan Nabi Ibrahim dengan Siti Hajah dan Siti Sarah,
Sebagaimana Engkau memberkati perkahwinan Nabi Yusof dengan Siti Zulaikha,
Sebagaimana Engkau memberkati perkahwinan Adam dan Hawa....

Jumaat, 13 April 2012

Jadilah Insan Pemaaf

Satu hari raut wajah Rasulullah SAW tampak berseri-seri dengan menampakkan senyumannya sehingga kelihatan kilauan gigi putihnya. Maka Umar bertanya ''ada apa gerangan?"

Sabda Rasulullah SAW ''Aku lihat ada dua orang daripada umatku yang mendatangi Allah 'Azza wa Jalla'. Yang satu berkata, 'Ya Rabbi, hukumlah orang ini yang mengambil hak dan menganiayaku di dunia'. Lalu Allah memerintahkan si zalim itu supaya mengembalikan haknya.

'Ya Rabbi', kata si zalim, ''Aku tidak lagi memiliki simpanan perbuatan baik yang boleh menggantikan haknya." Dia sudah tidak memiliki sisa-sisa baik untuk menggantimu, lalu apa yang kau harapkan darinya?" kata Allah kepada satunya.

'Ya Rabbi', pindahkan kepadanya dosa-dosaku. Biar dia yang memikulnya,"katanya. ''Tiba-tiba air mata Rasulullah mengalir membasahi pipinya kerana mengenang hari-hari yang maha dasyat itu.

Baginda berkata,''Hari itu adalah hari-hari yang maha dasyat, hari di mana setiap orang berusaha untuk melepaskan setiap beban dosa yang dipikulnya.''

Kemudian, Allah berkata kepada si teraniaya." Wahai Fulan, angkat pandanganmu dan lihatlah syurga-syurga yang tersedia." "Ya Rabbi, saya lihat negeri yang terlihat dari perak dan istana dari emas yang terhias indah dengan mutiara berkilauan.

Apakah semua itu Engkau persiapkan untuk Nabi dan RasuL-MU, para siddiqin dan orang-orang yang syahid? Tidak, kata Allah.Semua itu Aku siapkan bagi siapa saja yang sanggup membelinya.

Siapakah mereka Ya Rabbi ? 'Engkau juga mampu memilikinya.' Bagaimana caranya? "Dengan memaafkan saudaramu itu." Kalau begitu aku maafkan dia Ya Rabbi." Ambillah tangan saudaramu itu dan masuklah kalian ke dalam Syurga yang Aku janjikan."

Kemudian Nabi mengakhiri kisah itu dengan sabdanya, "Bertakwalah kamu kepada Allah dan berbuat baiklah dalam hubungan antara sesama.Sungguh Allah akan mendamaikan antara orang-orang yang beriman kelak pada hari kiamat."

Apa yang kita fikirkan selepas kita membaca kisah yang dibawakan Rasulullah SAW di atas? Adakah kita langsung teringat kepada orang-orang yang pernah berbuat salah kepada kita? Adakah keinginan kita untuk segera memaafkannya? Jika begitu, berbahagialah, kerana sesungguhnya tulisan ini dimaksudkan supaya kita menjadi orang yang sentiasa berlapang dada, mudah meminta maaf dan memberi maaf kepada orang yang mudah melakukan kesilapan.

*Kredit to : Datuk Mohd Zawawi Yusoh

bila rasa...

bila rasa...

♥ Bila terasa BERDOSA ucap Astagfirrullah...♥
♥Bila tak JANJI ucap Insyaallah...♥
♥Bila rasa TAK TERDAYA ucap Lahaulawalaquataillahbilla...♥♥Bila percaya PADA Allah ucap Laailaahaillallah...♥
♥Bila rasa BERSYUKUR ucap Alhamdulliah♥
Kredit to : Rakan Surau Ar-Rashidin

Petikan Novel Melukis Pelangi

“Aku sampai pada keadaanku yang sekarang adalah dengan perjuangan
Dan selama nafas ini masih terus berhembus
Selama itu pula aku dan semua manusia akan terus berjuang
Berjuang dan terus berjuang

Kehidupan di dunia adalah sebuah perjuangan tanpa henti
Sejak lahir hingga akhir hayat semua dari kita berjuang
Tengok saja seorang bayi berjuang untuk membiasakan diri dengan lingkungan asing yang ia belum pernah kenal sebelumnya
Seorang ibu berjuang untuk mendidik anak-anaknya menjadi generasi yang unggul

Seorang ayah berjuang mati-matian untuk menafkahi keluarganya
Seorang pelajar berjuang untuk meraih ilmu
Yang miskin berjuang untuk bisa mendapatkan kehidupan yang layak
Yang sedang jatuh cinta berjuang untuk menahan rindu
Yang baru bertudung berjuang untuk tidak tergoda dan membuka tudungnya

Suami isteri berjuang mengharungi bahtera rumah tangga
Yang terkena musibah atau ditinggal orang yang dikasihi berjuang dengan sabar dan tabah menjalani kehidupan
Yang berselisih berjuang untuk damai
Dan setiap hamba Allah berjuang untuk kembali pada Allah serta memiliki tugas untuk memperjuangkan agama Allah menyebarkan kebaikan dan kasih sayang kepada seluruh makhluk bumi”
_ _ _  _ _ _ _ _

Dirakam semasa Program Bicara Selebriti
Hari Hiburan Islam(HAI) 9 Mac 2012
Kelantan Trade Center, Kota Bharu

Ketahuilah Sahabat

Bismillahirrahmanirrahim....
Assalamualaikum Sahabat...

Wahai Sahabatku...
Ketahui lah kamu bahawa cinta itu tidak buta..tetapi manusialah yang menjadikan cinta itu buta...
Hakikatnya tiada kata yang tepat untuk menggambarkan cinta...Manusia menggambarkan cinta itu berdasarkan pengalaman mereka sendiri...

Mereka yang mengatakan cinta itu indah bermakna pengalaman mereka indah...begitu juga dengan mereka yang menggambarkan cinta itu pahit or menyakitkan bermakna pengalaman cinta mereka pahit..penuh dengan kesedihan...

Tetapi sahabatku..cinta yang sebenar-benarnya hanyalah CINTA ILAHI....




Khamis, 12 April 2012

Wahai Bakal Imamku...

Awak bukan saya tak nak terima awak...tetapi masanya belum tiba...
Awak jika awak ingin bercinta dengan saya...jumpalah parents saya...Jadilah gentleman sikit...InsyaAllah saya akan terima awak sebagai suami saya...
Awak bercinta lepas kahwin lagi best..halal pulak 2...bukannya sebelum kahwin...asyik berkepit je mengalah orang2 yang dah berkahwin..
Awak saya tolak awak bukan sebab saya tak suka awak...tetapi saya tak kita sama2 terjerumus dengan dosa...



Buatmu Sahabat

Assalamualaikum Sahabat...

Mungkin pada orang lain balang ini hanyalah seperti balang-balang biasa yang banyak di jual di pasar2...tetapi tidak bagiku...

Sahabat...
Ketahuilah bahawa balang ini bukanlah balang biasa..Telah ku isikan balang ini dengan kata-kata yang InsyaAllah akan memberimu semangat untuk terus mencari keredhaan Allah SWT...Aku tidak rela melihat mu terus berada dalam kegelisahan dan tidak yakin pada dirimu sendiri..Aku mahu kau yakin dengan setiap yang kerjakan kerana Allah SWT...

Sahabat...
Ku mohon..jagalah balang ini seperti nyawamu sendiri...Penuhilah ia dengan kata-kata yang indah dan mampu membuatmu tersenyum...


Hadiah teristimewa buat sahabatku....Balang dalam gambar 2 kosong...sbb bkan gambar sebenar...

Rabu, 11 April 2012

Bismillahirrahmanirrahim.....

Assalamualaikum Sahabat...
'Firman Allah SWT dalam Surah Luqman ayat 14 yang bermaksud :

“Dan kami telah wasiatkan kepada manusia tentang dua ibu bapanya (yang mana ) ibunya telah mengandungkannya di dalam keadaan kelemahan atas kelemahan dan (tempoh ) bercerai (susunya) di dalam jangkamasa 2 tahun bahawa hendaklah kamu semua bersyukur kepadaku (Allah ) dan kepada kedua ibu bapa dan kepada Akulah (Allah ) tempat kembali.”

Seperti mana firman Allah SWT tersebut, setiap anak hendaklah berbuat baik kepada ibu bapa mereka. Tapi lihatlah apa yang terjadi sekarang? Perintah Allah tersebut tidak lagi mereka laksanakan. Mereka sanggup membuang ibu bapa yang selama ini menatang mereka bagai minyak yang penuh...

Macam2 alasan yang diberikan...Ada yang beri alasan tiada masa, sibuk, kat rumah tak da siapa nak jaga and many others unaccepted reasons....Pernah ke kita dengar ibu bapa kita cakap macam tu...tak kan??

Cuba kita ingat-ingatkan balik...Saat kita berada dalam kesusahan mereka lah yang membantu kita..Saat hati kita   seperti ombak menghempas pantai mereka lah yang menenangkan kita dengan tarbiyah PENCIPTA...Saat kita sedang menghadapi saat yang sukar mereka tidak pernah lelah memberikan semangat dan sokongan...Saat kita kelaparan, mereka sanggup mengikat perut asalkan perut kita tidak kosong..

Setelah apa yang telah dilakukan oleh ibu bapa kita...pantaskah kita mengabaikan mereka....Fikir-fikirkanlah...


Belajar daripada pengalaman.

Jangan dikenang kisah lama. yes! i agree..tak perlu diingati kisah lama penuh duka,namun jadikan ianya pengajaran penuh makna,,dan yang manis,simpan ianya sebagai kenangan,. Masa yang terbuang itu silap diri sendiri. Jadi tak perlu disesali kerana semuanya sudah berlaku. Apa yang boleh kita buat sekarang, bangkit dan jalanilah hidup penuh ketenangan. =)

Kata seorang sahabat yang hebat. Bersyukurlah. Ada hikmah disebalik yang berlaku. and see! kau boleh senyum lebar selebar-lebarnya.. tak dapat nak digambarkan betapa lapangnya dada ini. di sebalik kesedihan yang sementara tersimpan nikmat yang tak dapat diungkap dengan kata-kata..

Nikmat yang dahulu pernah dirasai,kini kembali lagi dan kali ini takkan disia-siakan sama sekali.nah,ayat cantik tersusun. hee.. pengajaran untuk kisah kali ini.. don't judge the people by their appearance.. (^_^)v.
Alhamdulillah,kasih sayangNya kurasa..dikelilingi sahabat-sahabat yang menyayangiku kerana Allah. Nasihat mereka kujadikan panduan, katanya yang berlalu biarkan berlalu, jangan ulang lagi kesalahan yang sama kerana hidayah Allah tak datang selalu. Terima kasih sahabat-sahabat. Sayang kalian kerana Allah. 

It's hard and complicated jika berbicara soal hati. Diri ini masih mencari-cari cinta yang sejati. cinta itu hanya akan kukecapi jika aku benar-benar ingin dapatkannya.Bukanku menolak cinta insani selepas ini, tetapi biarlah ianya berlaku kerana izinNya.Kupasti,cinta yang kudapat selepas ini adalah cinta yang sebenar-benarnya buatku.bukan lagi cinta penuh kepalsuan.

Dan kepada bakal imamku yang takku ketahui..moga kau juga persiapkan diri sebagaimana diriku berikrar akan mempersiapkan diriku supaya menjadi seorang zaujah yang sejuk mata memandang demi mendapatkan redha KasihNYA. insyaAllah. =)




Selasa, 10 April 2012

BERFESYENLAH MENGIKUT ACUAN ALLAH, SANG BIDADARI
Pasti semua nak jadi bidadari yang anggun dan cantik di pandangan mata. Berwajah mulus, putih jernih, hidung mancung, badan fit, semua nampak cantik dan perfect. Agak-agak kalau tengok pelakon wanita korea, boleh ke kategorikan mereka ni bidadari dunia?
Mukminat solehah itu lebih anggun daripada bidadari syurga
Kalau baca surah Al- Waqi'ah pun, bidadari syurga ini digambarkan oleh Allah dgn perumpamaan yang sangat menarik. Tapi, secantik apa pun para bidadari syurga ini, wanita Mukminat jauh lebih cantik daripada mereka; iaitu orang yang memelihara auratnya, membasuh mukanya setiap hari dengan wuduk , melaksanakan solat dan taat akan suaminya demi redha Allah
Fesyen acuan Allah:
1) Pakaian taqwa
"Wahai anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu pakaian untuk menutup aurat (keaiban) kamu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian taqwa ialah pakaian yang terbaik".
(Al A'raf: ayat 26).
Pakaian ni Allah rezekikan pada kita, lelaki dan perempuan dengan tujuan untuk menutup aurat (keaiban) kita dan juga sebagai pakaian perhiasan badan. Dan pada akhir ayat ini, Allah menekankan bahawa PAKAIAN TAQWA itu pakaian terbaik, iaitu pakaian yang menunjukkan iman kita pada Allah. Jadi, setiap kali nak keluar bilik, pandanglah cermin dan tanya pada diri, "Adakah pakaian aku ni tunjukkan iman pada Allah?". "Andainya Rasulullah ada bersama sekarang ni, apa yang patut aku pakai? Sesuai ke aku pakai macam ni?".

Insya Allah, kalau pakaian kita ni ikut syari'at, setiap saat kita berpakaian itu dikira ibadah kerana ia salah satu suruhan Allah. tak gitu? 
2) Labuhkan tudung bawah dada
"Katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya (daripada perkara haram), dan memelihara kehormatan (keaiban) mereka, dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka, kecuali yang (zahir) daripadanya. Dan hendaklah mereka menutup kain tudung ke dada mereka..."   
(An Nur:31)
Ya. Jelas sekali Allah ajar kita supaya labuhkan tudung hingga ke dada. Tak semestinya pakai tudung labuh bulat tu.
Kalau nak pakai selendang lilit-lilit pun, boleh sahaja. Tapi, carilah selendang yang tak jarang dan panjang. Lilitlah sekreatif mungkin asalkan menutupi dada.
Nak pakai tudung ariani pun, pakailah. Tak pun tudung hana tajima, pakailah. Tapi carilah yang sesuai dengan tubuh kita, biarlah ia labuh menutupi dada dan tak melekit menampakkan bentuk badan.
Nak pakai tudung bawal pun, pakailah. Tapi pastikan ia tak jarang dan labuh tutup dada. Tapi kalau kat rumah dah berlambak ada tudung bawal yang nipis, takkan nak buang kan. So, pakailah inner di dalam tudung tu supaya leher dan rambut kita tak kelihatan. Biarlah aurat kita ni ekslusif untuk suami tercinta.
3) Tidak nipis dan ketat
Sabda Nabi: "Akan datang umat akhir zaman terdiri daripada wanita yang berpakaian, tapi bertelanjang dan atas kepala mereka berbonggol seperti belakang unta. Mereka ini dilaknat Allah dan tidak dapat mencium bau syurga" 
(Sohih Bukhari)
Berpakaian, tapi hakikatnya bertelanjang. Inilah dinisbahkan bagi perempuan yang pakai ketat dan nipis hingga menampakkan bentuk badan.
Bidadari hari ni ramai bertudung, tapi tak jaga aurat. Ya, mereka bertudung, tapi pakai baju t-shirt ketat, jean ketat, tudung pendek atas dada dan jugak nipis. Sangat terikut dengan fesyen barat. Jangan salah sangka, bertudung itu tak sama dengan tutup aurat.
Kalau dah bertudung, tapi masih berpakaian seksi, itu tak dipanggil menutup aurat. Fesyen acuan Allah bukan begitu, sang bidadari.
Allah ajar kita tutup aurat, bukan bungkus ataupun tudung aurat. Awas! Kalau kita ni jenis pakai baju seluar ketat, hakikatnya, kita bukannya tutup aurat, tapi sedang membungkus aurat. Dan kalau kita ni jenis pakai baju dan tudung nipis, hakikatnya kita sedang menudung aurat, macam tudung saji. Boleh nampak apa yang ada di dalamnya.
Jadi, kalaulah kita ni tergolong dalam 2 golongan ni, ayuhlah berubah. Berfesyenlah ikut acuan Allah, pasti bahagia.
4 JENIS PEREMPUAN YANG AKAN MENJADI PENGHUNI NERAKA ( WAJIB BACA ) Sebagai manusia, kita tidak akan terlepas dari melakukan kesilapan dalam kehidupan kita sama ada secara kita sedar ataupun secara tidak sedar. Dan sebaik-baik manusia ialah manusia yang segera berubah untuk memperbaiki kesilapan diri. Berikut adalah 4 jenis perempuan yang akan menjadi penghuni neraka.
1. Perempuan yang jahat mulutnya dan perbuatan atas suaminya. Terlalu banyak komplen. Ada sahaja yang tidak kena. " Abang ni pun satu, beli ikan kecil-kecil sangat. Belilah yang besar sikit. Susah nak siang. " komplen Lisa pada Zack. Esoknya.. " Abang ni, beli ikan besar sangat, gelilah nak makan." Komplen Lisa lagi. Ada sahaja yang tidak kena pada Zack, suaminya. Suka memburuk2an suami dibelakang suami samada kpd ibu bapa, sedara mara atau kawan2nya. Curang pada suami. Ketika suami tiada di rumah kerana pergi kursus, balik kampung, maka si isteri mengambil peluang dengan membawa lelaki lain masuk ke dalam rumahnya. Si isteri membuat perkara haram atau bergayut atau berchatting dgn lelaki lain. Menyakitkan hati suami dengan mengungkit segala kekurangan suami setiap hari. " Sedarlah diri awak tu, kos perkahwinan pun saya yang keluarkan. Nak harapkan awak dan keluarga awak, tak merasalah hidup senang seperti sekarang ni tau." sehingga suaminya tidak terkata apa-apa.

2. Perempuan yang membuat suaminya barang yang tidak mampu (memperbodohkan suami, memaksa suami membuat perkara yang di luar kemampuan suami). Menggunakan ilmu hitam agar suami patuh dan ikut segala kemahuan isteri. " Itulah engkau, kalau dari dahulu, kau dengar cakap aku, beri suami kau makan nasi kangkang, sudah tentu sekarang ni kau tidak dimadukan. " Memaksa suami untuk membeli sesuatu di luar kemampuannya atau suaminya mampu tapi suami minta tangguhkan dulu sebab ada perkara lain yg lebih perlu. " Abang, saya tak tahu, raya nanti saya nak kereta. " " Abang mana mampu yang. Yang tahukan, hutang kereta yang ada ni pun belum habis pembayarannya. " " Itu saya tak tahu. Yang saya tahu, saya nak kereta, saya nak kereta."

3. Perempuan yang tidak mahu menutup aurat. Yang memakai perhiasan untuk tujuan bermegah-megah. " Amboi, cantiknya isteri abang. Bila bergaya nak keluar rumah, mengalahkan artis nak ambil award." " Mestilah, bila orang tanya, isteri siapa yang cantik, bergaya, rambut ikal mayang tu..ha..abang juga yang akan dapat namakan. " " Iya tak ya juga. Bangga abang ada isteri cantik macam kamu ni."
4. Perempuan yang tiada cita-cita melainkan makan, minum dan tidur. Di suruh solat, tak nak. Di suruh berpuasa, tak nak. Di suruh belajar membaca Quran tak nak. Di suruh bertudung, tak nak. Apatah lagi hendak menutup aurat. Hidupnya hanya untuk bergembira dan berseronok. Hari-harinya di habiskan dengan berseronok, makan, minum dan tidur. Semoga artikel ini ada manfaatnya untuk semua. Kepada yang hendak sebarkan, jangan lupa linkkan semula ke blog picisan ini ya. :) Nota : Sumber artikel, ceramah Ustaz Kazim Elias.

Cinta Nabi Muhammad SAW. · 96,863 menyukai ini
18 minit yang lalu melalui mudah alih · 
  • •*´¨`*•..*♥*..•*´¨`*•..*♥*..•*´¨`*•
    Ku Mohon dengan Sangat Karna Allah,
    Di baca, di Share dan Sebarkan sebanyak-banyaknya pada Saudari2 kita. . . !!!

    ~Bismillaahir Rahmaanir Rahiim...~

    ~•.*♥*.• Mengapa Wanita Muslim Menolak Memakai Jilbab ??!! •.*♥*.•~

    ~ Berikut ini Jawaban-jawaban
    Populer dari Wanita Muslim :

    1. "Hati saya Belum Mantap memakai Jilbab".
    2. "Iman terletak DiHati, bukan pada Pakaian".
    3. "Allah belum Memberiku Hidayah".
    4. "Susah dalam Mencari Pasangan".
    5. "Aku masih Ingin Menikmati Hidup,
    pakai Jilbabnya nanti saja".
    6. "Aku sudah memakai Jilbab
    (Kerudung Bermodelkan Jilbab)".

    ~ Berikut ini Penjelasan yang
    diSarikan dari Al-Qur'an :

    1. "Hati saya Belum Mantap memakai Jilbab, jika Hati saya Sudah Mantap, Insya Allah saya akan memakai Jilbab"

    Mengapa Orang bisa menganggap HATInya BELUM MANTAP untuk memakai JILBAB ?!

    Padahal bukankah sudah Jelas jika IA MUSLIM, berarti IA WAJIB menjalankan PERINTAH Allah....!!

    Muslim sendiri berarti Menyerahkan Diri, Memasrahkan Hidup dan Matinya kepada Allah S.W.T. Dan Setiap Waktu kita Berikrar tentang Hal tersebut.

    Ingat bacaan Shalat :
    "Inna shallaatii wa nusuukii wa mahyaaya wa mamaatii lillahi rabbil 'alaamiin".

    Sesungguhnya Shalatku, Ibadahku, Hidupku dan Matiku, Hanya untuk Allah Tuhan Sekalian Alam.

    Kita semua Yakin, semua yang
    diperintahkan Allah kepada kita,
    pasti ada Manfaatnya bagi kita Sendiri.

    Nah, sekarang Allah Memerintahkan Wanita Muslim untuk memakai Jilbab, Apakah kita masih TIDAK YAKIN untuk Menjalankannya...??
    Apakah kita masih BELUM MANTAP untuk Menjalankan PERINTAH Allah tersebut. . . ????

    Ingat Firman Allah :
    "Hai Nabi !! Katakanlah kepada Isteri-isterimu , Anak-anak Perempuanmu dan para Wanita yang Beriman, supaya mereka Menutup Tubuh mereka dengan Jilbab, karena yang demikian itu agar mereka Lebih Patut Dikenali, dan Tidak Diganggu. Dan Allah itu Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang".
    (QS. Al-Ahzab : 59).

    Dan jika Allah telah Menyuruh kepada kita, Apakah kita BERHAK MENOLAK...???

    Firman Allah :
    "Dan Tidaklah Patut bagi Laki-laki Mukmin dan Tidak (pula) bagi Perempuan Mukmin, apabila Allah dan Rasul-Nya telah menetapkan Suatu Ketetapan, akan Ada bagi mereka Pilihan (yang lain) tentang Urusan mereka. Dan Barang siapa Mendurhakai Allah dan Rasul-Nya, maka Sungguhlah Dia telah Sesat, Sesat yang Nyata".
    (QS. Al Ahzab : 36).

    2. "Iman terletak DiHati, bukan pada Pakaian".

    Jelas IMAN memang terletak Di HATI. Tapi Pencerminan dari IMAN itu terlihat dari PERILAKU dan PENAMPILAN.

    Jika yang dilihat Hanya HATI, berarti Boleh dong Seseorang Shalat hanya Memakai Pakaian Dalam, karena yang Penting Shalatnya tersebut Sangat Khusyu...

    Dan Patutkah menilai Orang yang Memakai Pakaian Minim, sebagai Orang yang BERIMAN ?!

    Lagipula, jika memang Seseorang itu Beriman, IA PASTI Mengerjakan SEGALA Perintah Allah, seperti firman Allah diatas tadi...!!!

    3. "Allah belum Memberiku HIDAYAH".
    TAKKAN DAPAT Hidayah seseorang, jika IA TIDAK MENCARINYA...

    Firman Allah :
    "Sesungguhnya Allah Tidak Akan Merubah Keadaan suatu kaum, sehingga mereka MERUBAH Keadaan mereka sendiri."
    (QS. Ar-Ra 'd :11).

    Jika Seseorang Tidak Mau mendalami Agama Islam, walaupun IA MUSLIM, maka Keimanan dan Ketaqwaannya TAKKAN BERTAMBAH, dan Allah Takkan Menambah Kepadanya.

    Firman Allah :
    "Dan orang-orang yang Meminta Petunjuk , Allah (akan) Menambah Petunjuk pada mereka, dan Memberikan kepada mereka Ketaqwaannya".
    (QS. Muhammad : 17).

    Apakah kita Sudah MERASA PUAS dengan Diri kita yang Sekarang ini...?!

    Apakah kita Sudah MERASA CUKUP dengan IMAN yang kita Punyai ini sehingga kita TAK MAU mendapatkan Lebih Banyak HIDAYAH ?!

    Apakah kita YAKIN dengan IMAN kita yang sekarang ini kita BISA masuk SYURGA. . .???

    Firman Allah :
    "Apakah Manusia itu mengira bahwa mereka Dibiarkan mengatakan: "Kami telah Beriman", sedang mereka Tidak Diuji lagi ?! Dan, Sesungguhnya Kami telah Menguji orang-orang Sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah Mengetahui orang-orang yang Benar dan Sesungguhnya Dia Mengetahui orang-orang yang Berdusta".
    (QS. Al-Ankabut : 2-3)

    4. "Susah dalam Mencari Pasangan". Sebenarnya Wanita Muslim yang Memakai Jilbab itu sedang MENYARING atau MEMILIH Pasangannya atau Jodohnya.

    Mengapa begitu ?!
    karena Wanita Muslim Berjilbab pasti menginginkan Jodohnya adalah Laki-laki BERIMAN yang Mengerti dan TAAT Agama,dan Hanya Lelaki Beriman dan Taat Agamalah yang TAHU dan MENGERTI bahwa Memakai Jilbab adalah WAJIB bagi Wanita Muslim dan Beriman, maka DIA akan Memandang kalau Wanita Muslim tersebut BERIMAN, karena telah Mengerjakan PERINTAH Allah tersebut.

    Jadi mungkin Ada benarnya, Wanita Muslim yang memakai Jilbab Tidak atau Sulit Dilirik laki-laki.

    Karena TIDAK SEMBARANG Laki-laki yang Tertarik kepada mereka, Hanya Laki-laki BERIMAN yang Mengerti akan Agama yang Tertarik. Dan Bukankah itu lebih baik bagi mereka. Mendapatkan Jodoh Laki-laki Beriman.

    5. "Aku masih Ingin Menikmati Hidup, pakai Jilbabnya nanti saja".
    Hidup di Dunia Hanya Sementara, Apapun Kesenangan di dunia ini Hanya Sesaat, sedang Hidup di Akhirat akan Abadi, dan Kesenangan di Akhirat akan Berlangsung Selamanya...

    Apa kita mau Menukar Sesuatu yang bersifat Sementara dengan Sesuatu yang bersifat Abadi...?!

    Firman Allah :
    "Ketahuilah, Sesungguhnya Kehidupan di dunia Hanyalah Permainan, Kelalaian, Perhiasan dan Berbangga-bangga di antara kamu dan Berlomba-lomba banyak Harta dan Anak, seperti Hujan yang Tanaman-tanamannya Mengagumkan Petani-petani, kemudian menjadi Kering dan kamu lihat warnanya Kuning, kemudian menjadi Hancur. Dan di Akhirat Ada Azab yang Keras dan Ada Ampunan dari Allah dan Keridhaan-Nya. Dan Tiadalah Kehidupan Dunia melainkan Kesenangan yang Menipu".
    (QS. Al-Hadiid : 20).

    Dan Apakah kita TAHU kapan kita AKAN MATI ???
    Siapa Tahu ketika kita Nanti memutuskan akan memakai Jilbab, tiba-tiba Ruh kita diCabut oleh Allah S.W.T.

    6. "Aku sudah memakai Jilbab (Kerudung Bermodelkan Jilbab)".
    Pada saat ini banyak sekali Wanita Muslim yang TERTIPU dengan MODE...

    Mode pada saat ini yang menyebutkan JILBAB MODEL BARU, yaitu Kerudung pada Kepala dengan Kedua Ujungnya dilingkarkan Ke Leher si Pemakai, Tanpa Menutupi Dada, dan Dipadu dengan Baju Tangan Panjang, bahkan ada yang Ketat. . .

    Seperti Artis-artis di tv. Dan mereka menyebutnya sebagai Jilbab.
    Apakah Hal itu bisa dikatakan Sebagai Jilbab ???!!

    Kata Jilbab berasal dari Bahasa Arab, yang artinya Pakaian yang Lebar dan Dapat Menutup SEMUA Aurat Wanita.

    Firman Allah :
    "Katakanlah kepada Perempuan Mukmin, Hendaklah Menundukkan Pandangan mereka dan Menjaga Kehormatan mereka. Dan Janganlah menampakkan Perhiasan mereka kecuali Apa yang kelihatan daripadanya (seperti cincin). Hendaklah mereka Menutupi Dada mereka dengan Jilbabnya...."
    (QS. An-Nuur : 31).

    Bisa terlihat dari Firman Allah tersebut, bahwa yang dinamakan JILBAB adalah Pakaian yang MENUTUPI hingga ke Dada, bukan Hanya ke Leher. . .

    Saudari Muslimku, Tak Ada Niat Jahat di Hati ini dalam menyampaikan Sedikit Nasehat yang insya Allah Berguna baik bagi Penyampai maupun kepada yang Disampaikan...

    Maaf Beribu Maaf, jika Ada Kesalahan atau Kata-kata yang Menyakitkan Hati.

    Mungkin terlintas di Benak Saudari untuk Apa menyampaikan Hal ini, sedang Si Penyampai sendiri adalah Laki-laki atau Tak Ada Gunanya bagi si Penyampai, tapi malah menjadi Beban bagi yang Disampaikan.

    Sekali lagi Penyampai Mohon Maaf, Sesuatu yang Terasa Berat, akan jadi Mudah jika Telah Terbiasa. Dan mungkin firman Allah inilah yang menjadi Jawaban Penyampai :

    "Demi masa, sesungguhnya Manusia Benar-benar berada dalam Kerugian, kecuali Orang-orang yang Beriman dan Beramal Shalih dan Saling Nasehat-Menasehati dalam Kebenaran dan Kesabaran".
    (QS. Al-Ashr :1-3).

    Ku mohon Duhai Ukhti, Para Muslimah dan Bidadari Syurga, Sebarkan dan Share' kan Artikel ini sebanyak-banyaknya, Peringatkan Saudara kita yang lain, demi Kebaikan dirimu, Ukhti. . .
    Allah sayang pada Kalian, Ukhti. . . (^_^)

    Salam Santun,

    Ramdhani. A --------;(@

    *Copy From CINTA NABI MUHAMMAD SAW