Selasa, 29 Mei 2012


Andai Aku Mati Sekarang..


Andai aku mati sekarang,
Adakah yang akan merasa kehilangan ku?
Adakah yang akan menangis pilu menghantar mayat ku?
Adakah yang akan mendoakan aku setiap kali mereka mengenangku?
Adakah yang ziarah ke pusaraku?
Aku menangis rasanya apabila  memikirkan hal itu,
Namun aku tidak boleh tidak memikirkannya,
Kerana hal ini akan pasti terjadi padaku kelak.
Kini aku tidak lagi memiliki orang yang begitu ikhlas mencintaiku seperti keluargaku
mamaku,
papaku,
adikku,

Ya Allah.. aku tidak mahu merasakan apa-apa
Aku hanya ingin menyebut namamu sahaja sebagai pengganti aduan hamba.
Aku kini ingin mengumpulkan amalan yang banyak untuk bekal aku pulang ke dakapan kasih sayangmu

Ya Rabb…
Aku jadikan sabar sebagai penakluk semua kebencian dihati ini.
Aku jadikan sedekah untuk menghancurkan kesombonganku. Aku jadikan solatku sebagai pelindung hari-hariku yang penuh dengan orang-orang yang benci atas kehadiranku
Aku jadikan doa sebagai penghibur hati, bahawa ada kekuatanMu yang sangat luar biasa, yang sanggup mengalahkan kerisauan dalam diri.
Aku  jadikan diam sebagai benteng diri, dari kata-kata penuh dosa, janji-janji penuh dusta.
Aku sepenuhnya yakin, bila ku  tetap pada pendirian ini, pada kesabaran yang sudah semestinya
Aku akan mendapatkan kasih sayang yang luar biasa dariMu Ya Allah…
dan
Aku tak perlu lagi berputus asa dengan keadaan duniawi yang telah merenggut kelapangan dari hidupku  ini.

Allah…
Aku memohon berilah aku kesabaran yang takkan kehabisan
Aku memohon ampunkanlah segala dosa
Aku memohon berilah   kekuatan untuk menghadapi kenyataan yang tak selalu menyenangkan ini
Aku memohon jagalah aku dari pengaruh hati yang menggebu
Aku memohon terimalah segala amalan

Hanya untuk meraih kasih sayangMu
Hamba beramal

From :  http://akuislam.com/blog/renungan/andai-aku-mati-sekarang/#axzz1wHbpFwk
P
Aku,aku. Aku! Muhasabah diri

Malam itu, malam seperti hari biasa – biasa sahaja. Tetapi, malam itu juga membuatkan si anak muda kesejukkan dan si tua mengantukkan. Hanya mereka berdua sahaja yang bertugas pada waktu itu.
“Huuaaarrrgghhh.. ngantuknya! Kamu tidak mengantuk ?” Si tua bertanya.
“Hmmm…tidak.” Si muda menjawab sambil menggeleng – gelengkan kepala.
“Orang muda, banyaklah tenaganya” Si tua menambah.
Si muda hanya berdiam diri sambil meneliti keadaan sekeliling dan tidak memperdulikan kata – kata si tua.
.
5 minit kemudian…
“Pakcik, boleh saya tanya?”
“Tanyalah.”
“Tadi saya ada dengar cerita berkenaan kucing mati di kantin. Kenapa orang ramai menyuruh pekerja bahagian kebersihan yang uruskan?”
“Ntah. Pakcik pun, dengar macam tu juga. Kenapa? Kamu mahu uruskankah?”
Soalan si tua membuatkan si muda diam seribu bahasa. Fikirannya bercelaru, perasaannya hiba.
“Pakcik, boleh saya tanya lagi?”
“Boleh. Tanyalah.”
“Kenapa manusia masih lagi melakukan dosa?”
“Soalan susah, jawapan mudah. Pertama, manusia kurang keyakinan terhadap Allah SWT. Kedua, manusia kurang keyakinan terhadap hari kiamat. Ketiga, manusia kurang keyakinan terhadap syurga dan neraka. Dan yang keempat pula, manusia pentingkan diri sendiri. Faham?”
“Ya, saya faham dan itulah jawapannya.”
“Maksud kamu?”
“Berkenaan yang keempat itu. Sifat manusia yang pentingkan diri sendiri.”
“Baik. Kenapakah dengan itu? Cuba jelaskan.”
“Begini pakcik. Cuba pakcik fikirkan, kenapa orang ramai buta – buta menyuruh pekerja bahagian kebersihan uruskan kucing mati di kantin tadi?”
“Itu memang tanggungjawab mereka kan?”
“Benar. Tetapi andaikata tiada pekerja bahagian kebersihan, siapa pula yang akan uruskan kucing mati tadi?”
“Sudahlah, jangan merepek.”
“Cuba pakcik fikirkan. Negara kita, bukan negara yang susah. Malah rakyat kita pun, ramai yang kaya – raya dan berjaya. Ada yang boleh beli macam – macam dengan mudah. Hatta, ada yang ulang – alik buat umrah tiap – tiap tahun.”
“Jadi apa masalah?”
“Masalahnya, kenapa masih ada lagi manusia yang susah?”
“Sebab, mereka manusia yang malas.”
“Meskipun ada yang telah berusaha dan berubah, ramai yang tidak ambil kisah.”
“Bukan ramai, tapi segelintir sahaja.”
“Mungkin kita kurang faham apa itu erti Islam adalah bersaudara.”
“Mungkin.”
Keadaan kembali sepi. Si tua dan si muda mengambil keputusan untuk berdiam diri. Mengimbau dosa – dosa yang  lalu. Mereka bermuhasabah diri dengan perasaan yang sayu.
Didalam Kitab Syarah Al – Hikam, Syeikh Ibnu ‘Atha’illah as-Sakandari rhm berkata : “Manusia masih melakukan dosa kerana kurang keyakinan terhadap Allah SWT, kurang keyakinan terhadap hari pembalasan (hari kiamat), kurang keyakinan terhadap syurga dan neraka, serta sifat keakuan (pentingkan diri).”
Sebenarnya, bukan tidak boleh bersifat pentingkan diri. Ia dibolehkan. Tetapi, perlu tahu penggunaannya didalam waktunya. Sebagai contoh, seseorang mempelawa kita untuk mencuri. Di sinilah kita menggunakan kemahiran berfikir dan menggunakan sifat pentingkan diri. Jika seseorang mempelawa kita menutup aurat pula, kita menolak dan mementingkan diri. Itu membunuh diri namanya! Pesanan buat diri dan buat semua juga. Wallahuaklam~
.
artikel ini adalah kiriman  Mohamad Nasiruddin Bin Amir (mnasiruddinbamir.blogspot.com) ke inbox kami. Semoga Allah memberkati segala perkongsian beliau selama ini. Syukran :)