Ahad, 12 Mei 2013

 Bismillahirahmanirahhim.. 

Khas Buatmu Muslimah,

Ingatlah,

Jadikan Allah asas utamamu.
Kerna wanita yang mahu menjadi muslimah super, 
asas utamanya ialah Allah semata.

Jadikan cinta Allah itu dambaanmu, 
sebagaimana srikandi Rabiatul Adawiyah yang digelar perindu cinta Sang Ilahi.
Jangan hanya sibuk mencari si 'rusuk kirimu' duhai muslimah.

Jadikan jua jantungmu berdegup hanya kerana Tuhanmu,
Agar iman membaja subur dalam diri,
Taqwa tumbuh mekar dalam hati.

Muslimah itu,
Kecantikannya adalah ketika dia menutup auratnya dengan baik.
Kehebatannya adalah apabila dia berakhlak dengan akhlak yang baik. 

Itulah dia sebaik-baik perhiasan dunia, wanita solehah.  

*mutiara kata ke ni? dah serupa puisi dah kot. hehe. maaf maaf ^^" *


By : Nurussaadah Jahaya