Khamis, 3 Januari 2013

Ayah dan Ibu

Assalamualaikum...

Ibu bapa adalah insan yang banyak berkorban untuk kita. Jadi, sebagai anak wajib mentaati mereka. Ibu melahirkan, ayah berkerja untuk menyara kita.

Jika ibu bapa kerap meminta tolong daripada kita berbanding adik beradik lain, janganlah kita merungut. Turutilah permintaan mereka, Jangan sesekali menganggap mereka pilih kasih tetapi bersangka baiklah dengan mereka.

Kita patut gembira kerana kita dipilih untuk berbakti kepada mereka. Kita bertuah kerana masih mempunyai ibu bapa. Cuba lihat anak-anak yatim diluar sana, mereka tidak dapat berbakti kepada ibu bapa sepertimana kita. Mereka hanya mampu mendoakan ibu bapa tetapi kita bukan saja mendoakan mereka tetapi mengurus mereka sebagaimana mereka menjaga kita.

Jika dinilai jasa kita menjaga mereka dengan mereka menjaga kita tidak akan dapat menandingi jasa mereka kepada kita. Terlalu besar jasa mereka.

Hormatilah mereka.
Masa inilah untuk kita mengumpul pahala.
Sia-sia amalan kita selama ini jika kita derhaka kepada ibu bapa.

-_-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan